RENUNGAN SEJENAK
“FIKIR ITU PELITA HIDUP”. Wahai anak ku !. Berfikirlah
dahulu sebelum melakukan apa – apa pekerjaan. Kerana dengan fikir pekerjaan
akan beroleh kesempurnaan dan elok pula kesudahan. Oleh itu gunakanlah akal dan
fikiran yang sempurna apabila melakukan tindakan dan keputusan. Berdoalah
kepada Allah supaya dikurniakan fikiran yang baik , sentiasalah berfikir untuk
melakukan kebaikan.
Wahai anak ku !. disini aku tuliskan sedikit nasihat
untuk mu supaya menjadi panduan dalam menjalani penghidupan di dunia dan di
akhirat. Renungkanlah,,, dan fikirkanlah…
1 Jangan tinggalkan sembahyang, kerana
sembahyang itu adalah tiang agama.
2 Jangan menyangka agama islam menegah belajar segala bahasa
dan segala ilmu, tetapi ilmu agama di dahulukan atau berserta.
3 Memuliakan agama sendiri dan bahasa sendiri, belajarlah
bahasa lain, ambillah tahu agama lain tetapi jangan agama sendiri terlepas atau
menyehaja di campakkan.
4 Jangan menyangka agama islam menegah daripada berusaha dan
berikhtiar meninggikan taraf hidup dimana agama adalah kesejahtaraan di dunia
dan akhirat. Rintislah jalan berkaseh sayang dan berkasihan belas dan bertolong
dengan barang yang di redai oleh segala rupa manusia dan undang – undang dunia
dan akhirat dan jangan menyimpan perseteruan sesama manusia, tiada terlebih
salah daripada manusia yang suka berseteru. Hukum agama islam mencegah
berseteru walau dengan sesiapa pun daripada anak cucu Adam, berikut turut itu
lebih sejahtera.
5 Jangan menyangka dan jangan ingat agama islam menegah daripada
mencari kekayaan, kemuliaan, kesenangan dan kepujian. Tetapi ibadat yang fardhu
serta ilmu agama dan syariat jangan di cuaikan dan jangan di permudahkan apatah
lagi di hina atau di senda senda. Takutkanlah kadak Allah atau balak yang tidak
dapat di ubat.
6 Jangan lupa agama islam menyuruh semuapakat, sehati,
sekata, setuju dan ta’at kata pemerintah supaya terpelihara daripada bahaya.
Agama jagat ( bekal di akhirat )
7 Dahulukan memberi salam apabila bertemu dengan saudara
seagama, kerana salam itu adalah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
8 Jangan suka meniru orang punya permainan dan pakaian
sahaja, tetapi elok di tiru perusahaan dan kepandaiannya.
9 Jangan sesiapa berfikir pada agama islam kaya tidak berguna
atau bertegah. Bahkan di khendaki sangat kaya itu seperti…
(1) kaya ilmu. (2) kaya harta. (3) kaya adab. (4) kaya
budi bahasa. (5) kaya jasa. (6) kaya sahabat. (7) kaya murid. (8) kaya
kepujian. (9) kaya kemuliaan (10) kaya perusahaan, perusahaan di dunia dan di
akhirat.
10 Hidup yang menunggalkan diri itu tiada harga pada dunia dan
akhirat.
11 Hidup yang tiada berilmu dan adab, mati terlebih ‘aula
kepadanya.
12 Demikian juga hidup yang menyangka dirinya lebih dan semuanya
orang orang lain itu kurang, itu menunjukan akal kurang. Tambahkan akal dengan
bercampur ramai pada kumpulan ahli ilmu dan ahli perusahaan, bukan ahli
permainan, kerana itu tempat membinasakan masa dan peluang.
13 Jangan membohongkan sesuatu sebelum siasat, meninggalkan
siasat itu bodoh.
14 Jangan menuduh seseorang itu jahat sebelum zahir
kejahatannya.
15 Jangan di tuduh seseorang itu salah sebelum di periksa dengan
adil.
16 Jika hendak mengatakan salah sesuatu itu benar atau salah ,
mesti di periksa keduanya. Jika tidak terjumlahlah kita kepada orang yang tiada
berakal, bodoh, umpama menuduh agama “itu benar itu salah”. Mesti di periksa
keduanya sehingga terang, nyata, jelas dan cukup faham. Tentang kita orang
islam ini tidak ada kurang dalil yang menunjukkan benarnya. Dari itu janganlah
kita yang islam ini hendak mengatakan agama islam silap. Hendaklah ada
pengetahuan kita padanya, diamalkan dan jangan buta kayu, jangan jahil, kita
mesti tahu cukup di dalam agama kita sendiri.
17 Bagaimana kita boleh berkata agama islam itu tidak betul?.
Atau tidak bagus ?. padahal kita belum tahu sesuku bahagian daripadanya ?
18 Jangan kita fakir dan jangan menyangka ulamak ulamak itu
bodoh seperti kita.
19 Jangan kita fikir yang kita ini orang yang bijak atau cerdik.
Padahal kita tidak menghormatkan agama kita sendiri. Dan kita tidak malu
membantah hukum – hukum dan titah perintah Allah S.W.T. Seperti judi yang dilarang kita buat. Sembahyang
serta belajar agama yang di suruh kita tidak kerjakan. Permainan dansing,
permainan rungging, minum arak dan zina, sesetengah daripada kita ada
membuatnya. Bukankan itu menzalimkan diri namanya ?. Adakah dikatakan berakal
orang yang menzalimkan dirinya sendiri?. Akal yang bijak itu wahai anak ku
!.... dirinya di jaga dan di pelihara daripada jatuh maruah dan binasa.
20 Jangan menyangka dan jangan ingat agama islam menegah
daripada bermain, juga tidak menyuruh kepada bermain. Ingatlah… jangan sampai
perkara perkara yang haram mencicirkan perkara perkara yang fardhu.
WAHAI
ANAK KU !......Gunakanlah akal dan fikiran yang sempurna lagi bijak !....Apabila
melakukan tindakan dan keputusan ….letakkanlah kebesaran Allah di dalamnya.
Bersikap adillah kamu sesama makhluk….jangan kamu bertindak zalim. Kerana zalim
itu datangnya dari syaitan. Takutlah akan azab Allah S.W.T wahai anak ku!....walaupun
makhluk tidak tahu dan tidak melihat apa yang kamu lakukan dan yang kamu
fikirkan . tetapi….Allah maha mengetahui.
Oleh itu Ayuhai anak ku
!.....perbanyakkanlah taubat kepada Allah S.W.T. mohonlah keampunan daripadanya
kerana Allah S.W.T maha pengampun lagi teramat kaseh kepada orang yang
bertaubat.
Anak ku!.....jauhilah diri mu daripada
maksiat. Carilah rezeki yang halal lagi berkat. Buatlah kebaikan serta
tambahkanlah ibadat. Kerana itulah modal di hari akhirat.
Doa ku untuk mu wahai anak!.....selamat
mengharungi penghidupan….. Mudah mudahan selamat di dunia dan sejahtera di
akhirat….Amin !.....Wassalam.
Dari Wak mu…
Taat bin Puasa
amboi eqin sampai kan ade wasiat tuk keluarga kau...hebat arwah moyang kau ni....
ReplyDeletememey ah,,ko ader?hihihi
ReplyDelete