Florist

Friday, 15 November 2013

All About Me :)

Hello guys ,

harini nak cerita pesepa pulak eh.Random jelah.Alaklumlah duduk kat rumah 24/7 gini memang tade experience yg berlaku lah kan.Kalau pergi sekolah lain cerita,banyaklah moments yang dilalui.Rasanya harini aku nak cerita pasal,apa yang aku suka dan mungkin apa yang aku tak suka .Haha okey first aku suka kalau bab2 sejarah ni,tapi aku tak suka sejarah yang macam dalam buku teks tu.Itu terlampau berfakta.Aku suka yang lebih santai contoh macam sejarah pemerintah Elizabeth The Golden Age,Queen Victoria,King Arthur.Aku rasa aku lebih suka sejarah istana barat yang melibatkan prince,princess haha.Bajet je.Tapi bagi aku unik,dan aku dapat rasa cara hidup diorang masa dulu.


    Ha aku takdelah sampai lupa asal usul bangsa sendiri.Aku suka dengan cerita cerita rakyat melayu.Macam Hang Tuah ke Tun Teja ke.Tapi lebih kepada istana dan golongan bangsawan .Aku teringin nak hidup zaman diorang.Aku tak boleh bayangkan macamna diorang hidup dengan pakai baju kebayanya pergi jalan2,sedagkan kita rg zaman sekarang setakat keluar pergi pantai pun kalau pakai baju kurung tu dah kata panas.Bukan lagi sejuk ke masuk angin?Pastu aku suka lagu Siti Nurhaliza yang macam Cindai,Ya maulai,Nirmala,Walinong sari,and joget pahang.Sebab boleh ingatkan aku tentang ciri bangsa aku sendiri,.

   Aku suka pergi pantai daripada air terjun.Sebab pantai lebih terbuka pastu angin dia yang buat aku tak tahan tu.Kalau air terjun air sejuk gila pastu deras takut hanyut pula.Bila pergi pantai kan,ambik port yang best sikit,duduk pasang lagu jiwang pergh memang berangan lah jawabnye.ahaha in fact,dah setahun lebih tak pergi pantai tapi nanti hujung tahun ni ada hari keluarga kat tanjung resang,so boleh lah !Tapi aku tak suka berkelah,macam bawa makanan dari rumah pastu makan bawah pokok.Serabut je,beli jelah pisang goreng ke ,tak payah susah susah.


   Aku suka tengok cerita kartun even umur aku dah 15(ala lex ah).tapi bukannye kartun bob the builder,ultraman semua tu.Aku suka yang agak berstory-line sikit macam,Up ,Shrek,Caroline,Monsters University.Sebab cerita dia kadang2 boleh sedih haha.Dan nak tahu dalam cerita Up tu memang comel budak lelaki tu.Tapi aku suka jugak movie yang lebih keremajaan seperti High school musical,minutesman,Lizzie Mcguire,Hannah montana.Sebab movies ni semua sesuai dengan naluri aku yang berumur 15 ni ha.Pastu sinetron indon pun aku suka tapi tibe part amnesia,muka sama,tukar anak memang rasa nak termuntah.But,aku tak suka drama or filem melayu sangat,bukan nak bajet tapi memang dah tak suka nak wat mcmane.Tapi aku akan nangis nengok citer hindustan.UUUU Hum nehi pyar kartiho TT.

   
    Okey cakap pasal novel pulak.Aku mula minat baca novel masa darjah 5,tu pun pinjam2 dulu ngan zafira yg memang kaki novel.Ingat lagi first novel yang aku baca tajuk dia Dear Yaya memang aku ingat lagi jalan cerita dia.Pastu aku memang suka novel Detik 12 malam,tapi x jual kat mersing kat JB je belambak .Cedihh.Tapi then masa sekolah menengah masa last year aku start baca novel oamputih pulak.Saja nak improve vocab-memang berkesan gila.Aku first baca novel tajuk dia 'First Time At Malory Towers' .Ni novel bersiri tau,ada lagi Upper Forth At Malory Towers etc,Semua siri dia aku dah baca.Tapi dalam sejarah aku baca satu novel english ni sehari je tajuk dia''will there be a prince''.Best tau cerita pasal orang gemuk yang tade sape suka.Aku pernah baca cerita misteri satu je tajuk''The pictures of Dorian Grey'' dari situ aku tahu makna 'murder' .Nampak tak terimprovenya vocab aku ahai.Ok stop cerita pas novel sejuta tahun x habis.

    Ok kalau barang aku suka orang belikan aku makanan.In fact aku tak suka orang belikan aku jam lah,rantai lei,cincin ke(kecuali masa nak kawin ahhaha).Aku suka yang simple2 je.Makanan yang best maca,coklet,gula-gula,jajan air dutch lady pon aku suka !Biar murah asalkan kenyang.tu je prinsip aku.Kalau birthday aku,aku tak suka orang celebrate yang tahap platinum sangat macam baling telur ,tepung bagai.Ei selekeh tahu tak,itukan makanan ,membazir je baling2 kat orang.Ynag penting aku memang tak suka org celebrate birthday aku kat luar,aku suka kat rumah nagn family je lagi best .Boleh menelah cam hantu raya pon orang tak kisah.

    Aku ak suka hang out.First reason,aku memang malas nak bersiap,aku penat,aku malas pilih baju dan aku memang tak suka .Lagi kalau ayah aku bawa pergi rumah abang aku tiap2 minggu .Nak2 lagi pergi pasang lagu klasik nasional dari pergi sampai balik,nak termuntah aku mendengarnye.loya tahu.Tapi aku tak akan menolak kalu abang aku ajak pergi jalan nagn dia,sebab nanti die belikan apa yang aku nak.Dia suka jak aku pergi cakehouse,shopping n jalan.hahah mase die ade duit je best ahaha.Satu benda yang aku teringin sangatnak pergi adalah Indonesia.Pelik kan,org semua nak pergi Paris etc,tapi aku nak gi indon je.Sebab aku suka diorang punya cakap or budaya nak dekat sama ngan malaysia so aku bleh banding2kan.

   Ckap pasal cuti2 ni,kalau dalam Malaysia aku suka satu tempat ni nama dia Melaka bandar besejarah aha.Aku rasa tak puas hati masa bapak aku ajak gi sana masa umur aku 10 tahun,sebab aku tak dapat tengok barang2 sejarah lama2.Insekio tau insekio!Tempat paling best Muzium Flor De Lamar yang macam replika kapal tuh.Bbest yop sampai perut bawah kapal aku masuk.Tapi moment paling sedih,aku tak pernah pergi Zoo.Hahah lawak je.A ku nak sangat pergi zoo nak tengok harimau,gajah,monyet.Almaklumlah aku ni penah tengok live dalam Animal Planet je.Kasihanilah hamba.Aku penah nengok haiwan secara f2f ni adalah semut,kucing,ayam,anjing,burung,lalat ha ni jelah yg aku selalu namapk.Bayangkan kambing,lembu pun sesah nak tengok.Stress tau Stress ahah!

   Aku rindu masa pergi Penang,dapat makan pasemboq.Sedap gila hingga menjilat kaki.Dia lebih kurang rojak je tapi banyakbarang .emm dah lama tak makan rojak.Tapi yang tak tahan tu masa naik feri.Masa tu aku keluar dari kereta then aku snap pic kat depan kereta aku(kereta aku kereta paling depan sekali)Pastu sedih gila pemandangan dalam feri nampak macam dalam lori sampah.Sebab warna dia dah lah biru pasti ada stripes merah putih,sebijik lori sampah.Then aku segan aku buan aje pic tu.Aku suka masa gi taman rama2,rasa macam princess sebab cantik sanagt rama2 ,taman dia hijau gitu(aku suka hijau2 ni).Hmm bila lah dapat pergi tempat macamni lagi.Makin aku besar,makin titpis harapan nak pergi jalan2 macamni,takpelah nanti aku dah besar dah kerja aku pergi sorang2.Lagi nikmat XD

    Impian aku bila aku dah ada banyak duit nanti aku nak beli rumah ,tapi bukan rumah banglo .Aku nak rumah yang sederhana dan lebih kepada seni reka kemelayuan .Pastu kan aku nak tanam bunga ros putih merah keliling rumah aku.Ha pastu rumput aku kasi hijau muda punya,mesti cantik.Kalau rumah banglo tu nanti lah bila dah kawin ke baru best ada banglo baru gempak .Haha ni desire ni tau !bukan berangan !

   Keluarga aku banayk barang peninggalan.Tapi sebelah bapak aku jelah.Dan harta2 tu pun sikit dah diberi kepada adik beradik aku.Tapi aku paling legend sebab dapat keris nenek aku punya emak punya ayah punya emak atas atas lagi.Hahahah.Tapi keris tu tak boleh buat main2,bapa aku selalu pesan jangan asap2 .Macamlah aku reti haha.Masa nak pindah milik tu pun ada cara tau.Siap ada lafaz dah amcam nak kawin pulak.Pegang pun kene betul mana satu hulu mana satu pangkal.Aku dapat keris tu masa umur 10 tahun.Bapak aku cakap setiap tuan keris tu mesti tahu kepada siap dia nak wariskan(lebih kepada ikut kata hati).Keris tu tak boleh dituankan pada orang laki2,sbb owner sebenarnya seorang perempuan.Kes bapak aku ni,dia cuma perantaraan kerisantara nenek aku dengan aku .Bapa aku bukan memilikpunyakan keris tu pun.Keris tu dah jadi milik aku.HA HA HA.


    Okey aku rasa ni jelah cerita untuk ari ni.Semangat aku menulis blog harini.Entah hape hape .ahahha Okeylah Goodbye !Muahh !

1 comment:

  1. Singgah sini :) nah , tutorial dah siapp..

    http://afiqahadzan.blogspot.com/2013/11/tutorial-billy-music-player.html

    ReplyDelete